Tuesday , December 12 2017
Berita & Aktiviti
Sale!

Set Maternity V’Asia

RM200.00 RM160.00

Berat: 1.825 kg

SKU: SB61 Category:
Brands

Description

Set Maternity V’Asia merupakan set bersalin moden yang lengkap yang diformulasi menggunakan adunan ramuan tradisional khusus buat ibu yang mementingkan keselesaan sepanjang tempoh berpantang.Ia mampu memulihkan tenaga selepas bersalin di samping membantu mengembalikan kecantikan luaran dan dalaman anda dengan pantas, selamat dan berkesan.

KANDUNGAN SET MATERNITY V’ASIA

  • Jus Jamu Moden Ladies Collagen
  • Losyen Herba Cantik Semula
  • Losyen Herba Sejuk Dingin
  • Minyak Herba Ibu & Anak
  • Sabun Pencerah Harum Gebu
  • Pembersih Wanita Sireh Manjakani
  • Rendaman Mahkota
  • Tungku Moden Berherba
  • Barut Moden Si Comel

KEBAIKAN SET MATERNITY V’ASIA

  • Mengembalikan tenaga ibu dalam pantang
  • Memelihara dan mengecutkan semula bahagian rahim
  • Menguatkan otot yang lemah akibat hamil dan bersalin
  • Mengatasi masalah angin dalam badan
  • Mengurangkan kesan regangan dan selulit
  • Membantu mengempiskan perut selepas bersalin
  • Mengembalikan bentuk tubuh yang ideal
  • Membantu menyingkirkan toksin dan darah kotor
  • Menghilangkan sengal tulang, kebas dan bisa pada tubuh badan
  • Meredakan ketegangan otot dan urat
  • Membantu memelihara saluran peranakan
  • Memelihara kehalusan dan kecantikan kulit
  • Menghangatkan dan menyegarkan tubuh badan ibu dan bayi
  • Melindungi tubuh badan daripada jangkitan kuman dan penyakit

KANDUNGAN SET MATERNITY V’ASIA

Jus Jamu Moden Ladies Collagen

Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit. Selain itu, kolagen juga mampu menggalakkan pembakaran lemak, memelihara sel-sel tubuh serta meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Pueraria Lobata: Pueraria Lobata sering digunakan dalam perubatan tradisional di China dan Jepun sejak beribu-ribu tahun untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan. Herba ini mengandungi flavonoid yang bertindak melancarkan peredaran darah dalam tubuh sekaligus menggalakkan fungsi organ di samping nutrien isoflavon yang bersifat antioksidan serta mampu melambatkan proses penuaan.

Pueraria Mirifica: Pueraria Mirifica terkenal dengan keupayaannya untuk menganjal dan membesarkan saiz payudara di samping membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi penghidap kanser payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica mampu mengatasi osteoporosis dan simptom-simptom menopaus. Selain itu, ia juga berupaya memelihara keremajaan kulit, membentuk tubuh badan yang langsing, meningkatkan tahap tenaga, memulihkan kesakitan pada bahagian rahim serta membantu mengatasi masalah keputihan.

Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya bagi kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen berupaya memelihara sistem kardiovaskular di samping membantu menguatkan bahagian rahim serta memulihkan tenaga selepas bersalin.

Akar Serapat: Akar serapat merupakan antara herba yang berkesan untuk meningkatkan tahap kesihatan dalaman kaum wanita. Ia berupaya mengetatkan otot faraj serta mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Akar serapat juga berupaya melancarkan peredaran darah bagi meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ di dalam tubuh badan.

Habbatus Sauda: Jintan hitam atau Habbatus Sauda berupaya meningkatkan tahap tenaga di samping bertindak menjana tahap metabolisme, memelihara kecantikan kulit, menggalakkan penghasilan susu badan malah membantu memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.

Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu juga bertindak sebagai agen antioksidan selain turut berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi.

Manjakani: Manjakani yang bersifat astringen ini mampu mengecutkan tisu tubuh seterusnya dapat membantu menguatkan otot rahim selepas bersalin. Malah, ia juga diyakini berkesan untuk membasmi kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita di samping membantu mengetatkan otot faraj serta mengatasi masalah keputihan dan angin dalam badan.

Goji: Goji mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium, fosforus dan zink yang penting untuk metabolisme tubuh badan di samping membantu meningkatkan tahap kecergasan, memelihara sistem penghadaman serta mengurangkan kekejangan dan keletihan otot.

Delima: Di samping berkesan untuk melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit, buah delima yang kaya dengan antioksidan ini mampu mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah, menstabilkan tekanan darah serta melancarkan proses penghadaman. Ia juga mampu bertindak sebagai anti-penuaan serta berupaya menggalakkan penghasilan kolagen yang ternyata baik untuk struktur kulit yang lebih tegang dan anjal.

Kismis: Kismis yang merupakan buah anggur yang telah dikeringkan sangat kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, vitamin dan folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain membantu menjana penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan. Ia juga kaya dengan kaya dengan serat yang bertindak melancarkan proses pencernaan serta membantu mengatasi masalah sembelit.

Ginkgo Biloba: Herba yang berasal dari China ini bersifat antiradang dan antioksidan yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Ia turut berupaya mengatasi masalah pigmentasi, melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) dan menggalakkan penghasilan kolagen seterusnya menyerlahkan lagi keremajaan dan keanjalan kulit anda.

Pisang: Selain menjadi sumber tenaga yang mampu mengekalkan tahap kecergasan tubuh badan, buah pisang yang kaya dengan vitamin B dan potassium ini juga mampu mengawal tekanan darah, memelihara sistem saraf serta membantu meredakan tekanan.

Asam Jawa: Asam Jawa yang kaya dengan kandungan vitamin B dan kalsium ini berupaya membantu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti masalah pernafasan, demam dan penyakit kulit di samping mempercepatkan pemulihan luka dan mengatasi perut kembung. Selain itu, Asam Jawa turut berfungsi mengurangkan sakit sendi dan radang, di samping membantu mengukuhkan tulang dan otot.

Kunyit: Kunyit yang bersifat antiseptik ini bukan sahja mampu mempercepatkan pemulihan luka, malah bertindak menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit serta mengatasi masalah angin dalam badan.

Mangga: Buah mangga kaya dengan antioksidan dan serat yang bertindak melancarkan proses penghadaman seterusnya meningkatkan tahap metabolisme, mengurangkan paras kolestrol LDL serta menstabilkan paras gula di dalam darah. Malah, ia juga berupaya memelihara kecantikan kulit dan rambut serta menguatkan sistem imunisasi bagi menentang serangan penyakit.

Dong Quai: Herba yang kaya dengan vitamin B12, asid folik, asid folin dan biotin ini sering digunakan dalam rawatan tradisional Cina untuk menstabilkan hormon estrogen, mengatasi masalah kekejangan dan sindrom pra-haid serta membantu mengurangkan tekanan. Ia juga berupaya melambatkan proses penuaan serta mengatasi masalah kulit seperti ekzema, rosacea dan neurodermatitis.

Prun: Prun kaya dengan vitamin K dan A yang berperanan menggalakkan penyembuhan luka, menyingkirkan toksin dari tubuh badan serta memelihara kecantikan dan keremajaan kulit anda.

Losyen Herba Cantik Semula

Minyak Wintergreen: Minyak Wintergreen yang sering digunakan dalam bidang aromaterapi dan perubatan tradisional ini bersifat antiseptik dan bertindak mencegah kuman, menyembuhkan luka, serta mengatasi masalah kulit. Ia juga berperanan mengatasi penyakit sendi dan otot serta melegakan perut kembung dan selsema.

Menthol: Sebatian organik yang sering dihasilkan dari pudina dan kayu putih ini sering berfungsi menyejuk dan menyegarkan kulit. Malah, ia bertindak menenangkan dan sesuai digunakan sebagai aromaterapi di samping berupaya merawat masalah pernafasan, kegatalan serta mengatasi penyakit sendi dan ketegangan otot.

Zaitun: Minyak zaitun tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara keremajaan kulit serta mencegah kerosakan kulit akibat pencemaran mahupun pancaran cahaya matahari. Di samping itu, vitamin E turut berupaya meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka, menjana tisu kulit bagi menjadikan kulit lebih halus dan lembut di samping membantu mengurangkan kesan kedutan, garis-garis halus dan rekahan pada kulit.

Cinnamomum Cassia: Tumbuhan ini sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina bagi membuang angin dalam badan, merangsang sistem saraf dan meredakan kekejangan otot. Ia mempunyai sifat antiseptik dan antikulat yang berupaya membasmi mikroorganisme seperti kuman dan bakteria yang boleh merosakkan kulit, di samping membantu mengatasi masalah kulit yang dihadapi.

Limau Nipis: Limau nipis kaya dengan vitamin C yang berupaya mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan, di samping menyingkirkan toksin dari tubuh badan dan meningkatkan metabolisme seterusnya membantu menggalakkan pembakaran lemak bagi mengurangkan berat badan berlebihan. Ia juga bersifat antiseptik yang mampu menentang jangkitan kuman selain bertindak melancarkan peredaran darah, menyegarkan tubuh badan serta memelihara kecantikan dan keremajaan kulit.

Gamat: Gamat sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Di samping itu, gamat mengandungi 92% kandungan kolagen yang mampu menentang kesan penuaan selain memelihara kehalusan dan keanjalan kulit serta mempercepatkan proses pemulihan luka luaran dan dalaman.

Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit bagi meningkatkan keanjalannya, menyingkirkan sel-sel kulit mati serta meningkatkan kelembapan kulit. Aloe vera juga berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, memudarkan kesan parut, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.

Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit serta menggalakkan pembakaran lemak bagi membentuk tubuh badan yang menawan.

Halia: Halia mengandungi khasiat dari sumber air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, protein, asid amino, niasin, lemak serta vitamin A, B dan C yang membantu membuang angin dalam badan, mengatasi masalah senggugut, melancarkan peredaran darah dan proses pencernaan, memelihara sistem saraf di samping mengatasi masalah bau badan. Selain itu, halia turut berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi masalah sakit pinggang, meningkatkan tahap imunisasi serta merangsang penyerapan nutrien yang penting untuk tubuh badan.

Serai: Serai sering digunakan dalam perubatan tradisional dan berkesan untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan tubuh, membuang angin dan toksin dari tubuh, sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan.

Alga: Kajian pakar merumuskan bahawa rumpai laut mengandungi mineral, asid amino, beta-karotein dan protein yang tinggi dan berperanan mengekalkan kandungan kolagen dalam kulit tubuh. Hasilnya, kulit menjadi lebih tegang, halus, dan anjal. Rumpai laut juga berupaya menambah tekstur dan seri kulit, mengurangkan kesan selulit serta mengekalkan kelembapan kulit.

Pegaga: Pegaga kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C yang bukan sahaja mampu memelihara kecantikan kulit, malah berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit di samping memelihara sistem saraf dan melancarkan peredaran darah sekaligus menggalakkan fungsi organ. Di samping itu, pegaga turut mampu mengatasi keletihan, mengurangkan kesan selulit serta menyingkirkan toksin dari tubuh badan seterusnya membantu mencegah serangan penyakit serta menggalakkan penurunan berat badan.

Losyen Herba Sejuk Dingin

Minyak Kelapa: Minyak kelapa tinggi kandungan antioksidan yang berfungsi mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Minyak kelapa dara turut kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A dan C yang mampu mengurangkan kesan rekahan atau ‘stretchmark’ pada permukaan kulit, meningkatkan daya ketahanan tubuh, meningkatkan tenaga fizikal dan mental serta mencegah jangkitan bakteria dan kuman yang membawa penyakit.

Witch Hazel: Ekstrak daun Witch Hazel atau Winterbloom ini bersifat antioksidan dan astringen yang berupaya membantu mencegah kerosakan sel dan membantu mencegah proses penuaan kulit. Ia juga mampu mengatasi masalah kulit yang kering serta berjerawat, memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran cahaya matahari di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Minyak Kayu Putih: Minyak kayu putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang berperanan mencegah kuman sekaligus menyembuhkan luka dan mengatasi masalah kulit seperti lebam dan kegatalan. Ia juga bertindak sebagai bahan pewangi yang menyegarkan.

Pudina: Daun pudina merupakan ramuan penting untuk mengatasi masalah kegatalan kulit mahupun masalah lain seperti kulit terbakar dan kusam selain berupaya menyingkirkan toksin. Sifatnya yang nyaman dan menenangkan penting dalam menyejukkan kulit.

Koko: Koko kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksidan yang berperanan mampu menyerlahkan seri kulit dan melindunginya daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV) serta meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. Selain itu, koko juga berupaya mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membantu menyingkirkan toksin sekaligus membantu menyingkirkan sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat.

Halia: Halia berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi masalah angin dalam badan, mengurangkan sengal-sengal badan serta meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak dan kalori bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit bagi meningkatkan keanjalannya, menyingkirkan sel-sel kulit mati serta meningkatkan kelembapan kulit. Aloe vera juga berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, memudarkan kesan parut, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.

Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga yang tinggi kandungan antioksidan. Selain membantu meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, ia juga bertindak memelihara kehalusan kulit, menghasilkan tona kulit yang lebih sekata, memudarkan kesan parut dan masalah kulit yang dialami. Malah, ia juga berkesan untuk mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin.

Zaitun: Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit sekaligus berperanan menyerlahkan seri serta memelihara kehalusan kulit anda.

Minyak Herba Ibu & Anak

Minyak Kelapa: Minyak kelapa tinggi kandungan antioksidan yang berfungsi mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Minyak kelapa dara turut kaya dengan khasiat dari sumber vitamin A dan C yang mampu mengurangkan kesan rekahan atau ‘stretchmark’ pada permukaan kulit, meningkatkan daya ketahanan tubuh, meningkatkan tenaga fizikal dan mental serta mencegah jangkitan bakteria dan kuman yang membawa penyakit.

Pudina: Daun pudina merupakan ramuan penting untuk mengatasi masalah kegatalan kulit mahupun masalah lain seperti kulit terbakar dan kusam selain berupaya menyingkirkan toksin. Sifatnya yang nyaman dan menenangkan penting dalam menyejukkan kulit.
­

Lavender: Bunga lavender yang bersifat antiseptik dan antiradang ini juga berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat dan eczema, menegangkan kulit serta membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus.

Koko: Koko kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksidan yang berperanan mampu menyerlahkan seri kulit dan melindunginya daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV) serta meneutralkan kesan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. Selain itu, koko juga berupaya mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membantu menyingkirkan toksin sekaligus membantu menyingkirkan sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat.

Minyak Kayu Putih: Minyak kayu putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang berperanan mencegah kuman sekaligus menyembuhkan luka dan mengatasi masalah kulit seperti lebam dan kegatalan. Ia juga bertindak sebagai bahan pewangi yang menyegarkan.

Halia: Halia berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mengatasi masalah angin dalam badan, mengurangkan sengal-sengal badan serta meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak dan kalori bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Zaitun: Minyak zaitun mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan untuk menyerlahkan keremajaan kulit sekaligus berperanan menyerlahkan seri serta memelihara kehalusan kulit anda.

Argan: Minyak yang diesktrak dari biji buah Argan ini kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Minyak Argan turut membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berminyak, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Ia juga berperanan sebagai agen antioksida dan membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.

Kayu Manis: Di samping berupaya menyegarkan lagi tubuh badan, kayu manis turut berkesan untuk memelihara kehalusan kulit, mengatasi masalah jerawat, meredakan ketegangan otot serta membantu mencegah jangkitan kuman dan bakteria. Malah, ia juga berupaya mengurangkan bau badan yang kurang menyenangkan seterusnya menyegarkan lagi tubuh badan anda.

Sabun Pencerah Harum Gebu

Habbatussauda Sauda: Di samping memelihara kesihatan dalaman, Habbatussauda yang kaya dengan kandungan asid lemak seperti asid linolenic dan linoleic ini turut berupaya mengatasi masalah jerawat, kulit kering dan kusam di samping membantu memperbaiki tekstur kulit, mengekalkan kehalusan kulit serta membantu menyerlahkan lagi keremajaan kulit.

Pembersih Wanita Sireh Manjakani

Sirih: Daun sirih yang bersifat antiseptik dan antibakteria ini mampu mengatasi masalah keputihan dan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita selain menentang sebarang jangkitan mikroorganisme seperti kuman dan bakteria serta merawat masalah jerawat dan kegatalan pada kulit.

Manjakani: Manjakani yang bersifat antioksidan ini bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Manjakani turut berupaya membasmi kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita serta membantu mengatasi masalah keputihan, manakala sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk mengetatkan otot faraj.

Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit bagi meningkatkan keanjalannya, menyingkirkan sel-sel kulit mati serta meningkatkan kelembapan kulit. Aloe vera juga berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, memudarkan kesan parut, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.

Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.

Sengkuang: Sengkuang mengandungi vitamin B1 dan C yang berperanan melembap, menegang, mencerah serta menghaluskan kulit, selain menghapuskan bintik-bintik hitam, parut jerawat dan kedutan pada permukaan kulit anda.

Ginseng: Herba yang mengandungi phytonutrien ini bersifat antioksidan yang berupaya menyahtoksin, mencegah kerosakan sel, menghilangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus seterusnya menyerlahkan lagi keremajaan kulit. Ginseng juga mampu meningkatkan kecerahan kulit, memperbaiki struktur kulit yang kering dan rosak

Kunyit: Kunyit yang bersifat antioksidan ini berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga mampu mencerah dan menegangkan kulit, mengetatkan tisu faraj serta membantu mempercepatkan pemulihan luka.

Akar Serapat: Akar serapat merupakan antara herba yang berkesan untuk meningkatkan tahap kesihatan dalaman kaum wanita. Ia berupaya mengetatkan otot faraj serta mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Akar serapat juga berupaya melancarkan peredaran darah bagi meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi organ di dalam tubuh badan.

Pudina: Minyak pati menthol yang diekstrak dari daun pudina ini merupakan antara ramuan semulajadi yang berupaya memelihara kelembapan kulit serta menyejuk dan menyegarkan kulit.

Rendaman Mahkota

Daun Senduduk: Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat luka luaran mahupun dalaman. Selain itu, senduduk juga berkesan untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim bagi wanita selepas bersalin. Ia juga bertindak merawat keputihan dan buasir di samping membuang angin dalam badan.

Hippocratea Indica: Tumbuhan ini berupaya mengatasi radang yang merupakan tindak balas sistem imunisasi kepada jangkitan atau gangguan akibat peningkatan sel darah putih di samping membantu mencegah jangkitan bakteria.

Sappan Lignum: Selain bertindak sebagai antiseptik bagi membantu mengurangkan kesan jangkitan, tumbuhan ini mengandungi polifenol dan tanin yang bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan penuaan.

Pandan: Selain bertindak mengatasi masalah kulit, daun pandan mempunyai aroma yang menyegarkan serta sering digunakan di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri bagi membantu mengharumkan lagi isi kandungan produk.

Limau Nipis: Tumbuhan yang bersifat antiseptik dan antibakteria ini berfungsi menentang jangkitan kuman dan serangan penyakit selain berkesan sebagai aromaterapi bagi membantu meredakan tekanan. Ia turut berupaya melancarkan peredaran darah, menyingkirkan toksin serta membantu menyegarkan tubuh badan.

Serai Wangi: Ekstrak serai wangi berupaya menyingkirkan toksin serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Tumbuhan yang bersifat antiseptik ini juga mampu mencegah jangkitan mikroorganisme seperti bakteria dan kulat yang akan merosakkan kulit anda. Ia juga sering digunakan dalam perubatan tradisional dan berkesan untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan tubuh, membuang angin dan toksin dari tubuh, sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan.

Buah Pala: Buah Pala sememangnya kaya dengan karbohidrat, kalsium, fosforus, protein dan kalium yang berperanan meningkatkan daya konsentrasi, mengatasi sakit kepala dan penyakit sendi di samping melancarkan proses pencernaan, mengatasi masalah tidur, dan merawat kulit yang berjerawat.

Kunyit: Kunyit yang bersifat antioksidan ini berupaya mencegah kerosakan sel, melambatkan proses penuaan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Ia juga mampu mencerah dan menegangkan kulit, mengetatkan tisu faraj serta membantu mempercepatkan pemulihan luka.

Temulawak: Temulawak berperanan menyingkirkan toksin, mencegah jangkitan bakteria, meredakan sakit kepala, sendi dan sembelit. Ia juga berfungsi mengatasi masalah angin dalam badan seterusnya membantu menyegarkan lagi tubuh badan anda.

Areca Catechu: Herba yang mempunyai fungsi antiradang ini berperanan memulihkan luka pada bahagian tubuh badan dan menentang kanser selain membantu mengatasi masalah kulit seperti eczema dan ruam.

Limau Purut: Limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksidan dan berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel. Limau purut juga dapat melancarkan peredaran darah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mendinginkan dan menyegarkan lagi kulit anda.

Manjakani: Manjakani yang bersifat astringen ini mampu mengecutkan tisu tubuh seterusnya dapat membantu menguatkan otot rahim selepas bersalin. Malah, ia juga diyakini berkesan untuk membasmi kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita di samping membantu mengetatkan otot faraj serta mengatasi masalah keputihan dan angin dalam badan.

CARA PENGGUNAAN SET MATERNITY V’ASIA

Jus Jamu Moden Ladies Collagen

  1. Amalkan seawal hari pertama sehingga hari terakhir berpantang.
  2. Ambil 1-2 sudu setiap pagi dan malam.
  3. Disarankan untuk menggunakan sudu plastik.
  4. Boleh diamalkan selepas berpantang bagi memelihara kesihatan luaran dan dalaman anda.

Losyen Herba Cantik Semula

  1. Sapu dan urut Losyen Herba Cantik Semula pada permukaan yang dikehendaki secara perlahan-lahan.
  2. Sesuai untuk digunakan sebelum memakai bengkung.

Losyen Herba Sejuk Dingin

  1. Sapu dan urut Losyen Herba Cantik Semula pada permukaan yang dikehendaki secara perlahan-lahan.
  2. Amalkan produk ini selepas menggunakan Losyen Herba Cantik Semula.

Minyak Herba Ibu & Anak

  1. Sapukan Minyak Herba Ibu & Anak pada bahagian perut, belakang badan, betis, lutut, siku, pergelangan tangan dan tapak kaki bayi selepas mandi.
  2.  Turut sesuai untuk kegunaan ibu dalam pantang.

Sabun Pencerah Harum Gebu

  1. Buihkan Sabun Pencerah Harum Gebu dan ratakan ke seluruh badan.
  2. Biarkan seketika dan bilas sehingga bersih.
  3. Boleh digunakan setiap kali waktu mandi.

Pembersih Wanita Sireh Manjakani

  1. Titiskan Pembersih Wanita Sireh Manjakani pada tapak tangan.
  2. Buihkannya dan ratakan pada bahagian intim anda.
  3. Biarkan seketikan dan bilas sehingga bersih.
  4. Untuk kesan optima, gunakan sehingga 2 kali setiap cucian.

Rendaman Mahkota

  1. Rendamkan serbuk Rendaman Mahkota ke dalam air panas mahupun suam.
  2. Biarkan seketika dan ia sedia untuk digunakan.
  3. Untuk mendapatkan larutan yang pekat, rebus 1 uncang
  4. Rendaman Mahkota ke dalam 1 liter air selama 15-20 minit dan biarkan sehingga suam sebelum digunakan.

Tungku Moden Berherba & Sarung Berherba

  1. Lipatkan bahagian kiri dan kanan Tungku Moden Berherba sehingga bercantum dan masukkannya ke dalam Sarung Berherba.
  2. Isi tungku tersebut dengan air panas sebanyak 2 liter dan ia sedia untuk dituam pada bahagian badan yang dikehendaki.

Barut Moden Si Comel

  1. Balut Barut Moden Si Comel pada badan si manja anda.
  2. Ikat tali pada barut dengan kemas.
  3. Disarankan untuk menyapu Minyak Herba Ibu & Anak terlebih dahulu.

Additional information

Weight 1.880 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Set Maternity V’Asia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Pelanggan HerbaCinta

Dibawah adalah screeshot whatsapp/sms dari pelanggan-pelanggan kami. Klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar.

The requested album cannot be loaded at this time. Error: OAuthException Code: 190, Error validating application. Application has been deleted.