Berita & Aktiviti
Sale!
Minyak Bayini Mestika
Minyak Bayini Mestika

Minyak Bayini Mestika

RM7.00 RM6.90

Kandungan: 30 ml

Out of stock

SKU: ML19 Categories: ,
Brands:

cara-beli-herbacinta

Product Description

Minyak Bayini Mestika atau minyak telon merupakan persediaan tradisional yang dirumus menggunakan daun pandan, serai dan buah pala khusus untuk melegakan kembung perut dan masalah pernafasan serta menghangatkan tubuh si kecil anda.

Khasiat Minyak Bayini Mestika

  • Mencegah kembung perut dan sakit perut
  • Melegakan masalah pernafasan bayi bagi membantu mereka tidur dengan lena
  • Mengatasi kesan gigitan nyamuk
  • Mengurangkan gejala kencing malam
  • Memberi kehangatan kepada tubuh bayi

Kandungan Minyak Bayini Mestika

Pandan: Selain mempunyai aroma yang harum dan mampu meredakan tekanan, daun pandan juga berupaya melegakan sakit kepala dan dada serta membantu mengatasi masalah kulit, demam dan kekejangan perut.

Serai: Serai bukan sahaja boleh dijadikan bahan masakan, malah mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Serai bersifat antioksidan, antikulat dan antibakteria yang berupaya mencegah jangkitan mikroorganisme yang baik bagi membantu merawat luka. Selain itu, serai juga berperanan merawat sakit kepala, otot dan sendi di samping memelihara sistem saraf, menstabilkan tekanan darah dan menyahtoksin sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman.

Buah Pala: Buah Pala atau Myristica Fragrans sememangnya kaya dengan karbohidrat, kalsium, fosforus, protein, kalium dan berperanan mengatasi masalah pencernaan, meningkatkan daya konsentrasi serta mengatasi sakit kepala dan penyakit sendi.

Minyak Kayu Putih: Minyak kayu putih mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang berperanan mencegah kuman sekaligus menyembuhkan luka dan mengatasi masalah kulit seperti lebam dan kegatalan. Ia juga membantu menghilangkan keletihan, sakit-sakit badan dan otot, selain meningkatkan peredaran darah dan aktiviti jantung.

Pudina: Minyak pati pudina sering berfungsi menyejuk dan menyegarkan kulit, selain melancarkan sistem penghadaman, mengatasi masalah radang, melegakan perut kembung, sakit kepala dan masalah pernafasan.

Cara Penggunaan Minyak Bayini Mestika

  1. Untuk kegunaan luaran sahaja
  2. Gosok Minyak Bayini Mestika pada perut bayi
  3. Gunakan selepas mandi atau apabila diperlukan

Additional Information

Weight 0.150 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Minyak Bayini Mestika”

Soalan Lazim

Saya pernah kena tipu dengan penjual online sebelum ini, jadi apa beza HerbaCinta dengan seller online yang lain?

Beza dia mudah saja. HerbaCinta ada kedai fizikal yang anda boleh lawat. Kedai kami di Shah Alam, Selangor telah beroperasi sejak 2010 dan masih kekal lokasi yang sama. Jika ada rasa tertipu dengan kami, anda boleh datang dan marah kami. Seller online yang tiada kedai pula, anda tak boleh nak buat apa jika ditipu.

Harga produk di HerbaCinta mahal la.

Kami akui produk kami sedikit mahal berbanding tempat lain. Tapi kami janjikan kualiti dan keaslian produk tersebut. Tahukah anda, terdapat banyak lambakkan produk tiruan diluar sana. Yang mana produk tiruan ini boleh mengakibatkan kerosakan yang teruk pada badan anda jika diambil berterusan. Anda yakin produk yang dijual lebih murah ditempat lain itu original? Fikir-fikirkan lah.

Bagaimana hendak beli produk yang HerbaCinta jual?

Mudah saja, jika anda tinggal berdekatan dengan kedai kami, anda boleh lawat kedai kami. Ini alamatnya dan waktu operasi,

18G, Blok 11, Jalan Pahat J15/J, Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

10am-7pm, Isnin-Sabtu. 03-55236820 (No kedai)

Saya duduk jauh, tak boleh datang kedai la. Ada cara lain?

Selain dari datang ke kedai kami di Shah Alam, anda juga boleh membuat pembelian secara online dengan kami. Anda pilih produk yang ada inginkan, campur dengan kos pos kemudian buat pembayaran ke akaun kami, sms/whatsapp detail kepada kami dan kami akan pos produk pesanan anda terus ke alamat yang diberi. Secara detailnya anda boleh baca disini.

Saya telah buat pembayaran dan sms/whatsapp detail, bila pesanan saya akan sampai?

Kebiasaannya pesanan anda akan diproses dalam masa 1-2 hari bekerja. Kemudian pesanan anda akan dipos menggunakan Poslaju, Gdex, KTMD atau PosDomestik. Bagi semenanjung Malaysia, biasanya pesanan akan sampai ke tangan anda dalam masa 1-5 hari bekerja. Bagi Sabah & Sarawak, 1-7 hari bekerja. Walaubagaimana pun, kadangkala akan berlaku kelewatan yang diluar kawalan kami. Kami mohon maaf dan harap anda bersabar jika berlaku kelewatan.

Bagi PosDomestik proses penghantaran mungkin mengambil masa sehingga 14 hari bagi Sabah dan Sarawak.

Pihak HerbaCinta guna kurier apa ya?

Pihak kami menggunakan khidmat PosLaju, GDex, KTMD atau PosDomestik. Kami akui kadang-kadang mereka ada kekurangan tapi setakat ini, 4 kurier ini adalah yang terbaik. Kami dah guna sejak 2010 lagi.

Saya ada terbaca berkenaan pos percuma. Boleh terangkan lagi.

HerbaCinta menawarkan pos percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas. Sekiranya berat keseluruhan produk tidak melebihi 2kg, pihak kami akan menggunakan kurier Poslaju atau GDex. Sekiranya berat melebihi 2kg, pihak kami mungkin akan menggunakan KTMD bagi semenanjung dan bagi Sabah/Sarawak kami akan menggunakan pos domestik. Pihak HerbaCinta akan maklumkan anda sekiranya berat keseluruhan produk yang anda pesan melebihi 2kg.

Saya tiada akaun Maybank atau CIMB, boleh saya GIRO dari bank lain?

Boleh tiada masalah. Cuma pastikan anda transfer ke akaun syarikat kami, Herba Cinta Sdn Bhd. No pendaftaran 919001K.

Ada soalan lain yang masih bermain difikiran anda? Whatsapp atau SMS kami di 019-325 1140