Berita & Aktiviti
Sale!
Herbanika Barut
Herbanika Barut

Herbanika Barut

RM60.00 RM46.90

Kandungan Herbanika Barut: 150g

2 in stock

SKU: SB17 Category:
Brands:

cara-beli-herbacinta

Herbanika Barut menghimpunkan ramuan asli seperti beras pulut, serai, halba, beras dan buah pala yang digunakan secara tradisional bagi membantu mengembalikan tenaga ibu bersalin selain turut berupaya melegakan sakit sendi dan otot.

Kebaikan Herbanika Barut

  • Memelihara kecantikan dan kehalusan kulit
  • Membuang angin dalam badan
  • Mampu meredakan kesakitan
  • Menyingkirkan toksin
  • Mengurangkan kesan kedutan, rekahan dan parut pada kulit
  • Membantu menstabilkan tekanan darah
  • Membantu memecahkan lemak bagi mengembalikan bentuk badan yang ramping
  • Menguatkan otot dan sendi yang lemah
  • Sesuai untuk merawat dan memulihkan tenaga ibu bersalin

Kandungan Herbanika Barut

Beras (Oryza Sativa): Beras bukan hanya menjadi makanan ruji masyarakat di Malaysia, malah mengandungi minyak squalene dan vitamin E yang berupaya menyingkirkan sel kulit mati, meningkatkan kecerahan kulit, mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit di samping membekalkan nutrisi kepada kulit anda agar ia kelihatan lebih remaja dan berseri.

Buah Pala (Myristica Fragrans): Selain membantu melindungi tubuh daripada serangan penyakit, buah pala yang bersifat antioksidan ini diyakini mampu menentang proses penuaan, membuang angin dalam badan, mengatasi penyakit sendi, meredakan kesakitan di samping menstabilkan tekanan darah, menjana penghasilan darah merah, memelihara sistem saraf serta membekalkan nutrien kepada tubuh badan bagi meningkatkan tahap kesihatan.

Serai (Cymbopogon Citratus): Serai bukan sahaja antara bahan masakan yang sering digunakan di Malaysia, malah mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Serai bersifat antioksidan, antikulat dan antibakteria yang berupaya mencegah jangkitan mikroorganisme selain membantu merawat luka. Selain itu, serai juga berperanan merawat sakit otot dan sendi di samping membantu melancarkan sistem pencernaan, menstabilkan tekanan darah dan menyingkirkan toksin sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman. Selain menggalakkan fungsi sistem saraf, menyihatkan kulit, serai juga mengandungi sebatian Citral yang membantu mematikan sel kanser dalam tubuh badan.

Beras Pulut (Oryza Glutinosa): Beras pulut telah diperakui sejak zaman dahulu akan khasiatnya untuk mencantikkan kulit. Ia berupaya menanggalkan kotoran dan sel kulit mati serta memelihara kehalusan kulit, mengurangkan kesan parut di samping mencerahkan kulit.

Halba (Trigonella Foenum-Graecum): Halba yang dikenali sebagai Fenugreek ini mampu meredakan penyakit sendi, membuang angin dalam badan selain membantu meningkatkan tahap metabolisme seterusnya menggalakkan pembakaran lemak bagi membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Cara Penggunaan Herbanika Barut

  1. Gunakan 2 kali sehari iaitu setiap kali selepas mandi pada waktu pagi dan sebelum tidur pada waktu malam.
  2. Ambil 1 hingga 2 sudu besar serbuk Herbanika Barut dan gaul dengan 3 hingga 4 sudu besar air asam jawa.
  3. Gaul sebati dan panaskan di atas api yang perlahan sehingga menjadi pes sederhana pekat.
  4. Sebaiknya sapu Minyak Herbanika pada bahagian perut serta pinggang terlebih dahulu.
  5. Sapukan pes Herbanika Barut yang masih suam pada keseluruhan perut dan pinggang.
  6. Akhiri dengan pemakaian barut pada tubuh.
  7. Untuk kegunaan luar sahaja.
  8. Simpan di tempat dingin dan kering.
  9. Jauhkan dari kanak-kanak.

Additional Information

Weight 0.3 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Herbanika Barut”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Lazim

Saya pernah kena tipu dengan penjual online sebelum ini, jadi apa beza HerbaCinta dengan seller online yang lain?

Beza dia mudah saja. HerbaCinta ada kedai fizikal yang anda boleh lawat. Kedai kami di Shah Alam, Selangor telah beroperasi sejak 2010 dan masih kekal lokasi yang sama. Jika ada rasa tertipu dengan kami, anda boleh datang dan marah kami. Seller online yang tiada kedai pula, anda tak boleh nak buat apa jika ditipu.

Harga produk di HerbaCinta mahal la.

Kami akui produk kami sedikit mahal berbanding tempat lain. Tapi kami janjikan kualiti dan keaslian produk tersebut. Tahukah anda, terdapat banyak lambakkan produk tiruan diluar sana. Yang mana produk tiruan ini boleh mengakibatkan kerosakan yang teruk pada badan anda jika diambil berterusan. Anda yakin produk yang dijual lebih murah ditempat lain itu original? Fikir-fikirkan lah.

Bagaimana hendak beli produk yang HerbaCinta jual?

Mudah saja, jika anda tinggal berdekatan dengan kedai kami, anda boleh lawat kedai kami. Ini alamatnya dan waktu operasi,

18G, Blok 11, Jalan Pahat J15/J, Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

10am-7pm, Isnin-Sabtu. 03-55236820 (No kedai)

Saya duduk jauh, tak boleh datang kedai la. Ada cara lain?

Selain dari datang ke kedai kami di Shah Alam, anda juga boleh membuat pembelian secara online dengan kami. Anda pilih produk yang ada inginkan, campur dengan kos pos kemudian buat pembayaran ke akaun kami, sms/whatsapp detail kepada kami dan kami akan pos produk pesanan anda terus ke alamat yang diberi. Secara detailnya anda boleh baca disini.

Saya telah buat pembayaran dan sms/whatsapp detail, bila pesanan saya akan sampai?

Kebiasaannya pesanan anda akan diproses dalam masa 1-2 hari bekerja. Kemudian pesanan anda akan dipos menggunakan Poslaju, Gdex, KTMD atau PosDomestik. Bagi semenanjung Malaysia, biasanya pesanan akan sampai ke tangan anda dalam masa 1-5 hari bekerja. Bagi Sabah & Sarawak, 1-7 hari bekerja. Walaubagaimana pun, kadangkala akan berlaku kelewatan yang diluar kawalan kami. Kami mohon maaf dan harap anda bersabar jika berlaku kelewatan.

Bagi PosDomestik proses penghantaran mungkin mengambil masa sehingga 14 hari bagi Sabah dan Sarawak.

Pihak HerbaCinta guna kurier apa ya?

Pihak kami menggunakan khidmat PosLaju, GDex, KTMD atau PosDomestik. Kami akui kadang-kadang mereka ada kekurangan tapi setakat ini, 4 kurier ini adalah yang terbaik. Kami dah guna sejak 2010 lagi.

Saya ada terbaca berkenaan pos percuma. Boleh terangkan lagi.

HerbaCinta menawarkan pos percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas. Sekiranya berat keseluruhan produk tidak melebihi 2kg, pihak kami akan menggunakan kurier Poslaju atau GDex. Sekiranya berat melebihi 2kg, pihak kami mungkin akan menggunakan KTMD bagi semenanjung dan bagi Sabah/Sarawak kami akan menggunakan pos domestik. Pihak HerbaCinta akan maklumkan anda sekiranya berat keseluruhan produk yang anda pesan melebihi 2kg.

Saya tiada akaun Maybank atau CIMB, boleh saya GIRO dari bank lain?

Boleh tiada masalah. Cuma pastikan anda transfer ke akaun syarikat kami, Herba Cinta Sdn Bhd. No pendaftaran 919001K.

Ada soalan lain yang masih bermain difikiran anda? Whatsapp atau SMS kami di 019-325 1140