Berita & Aktiviti
Sale!
herba kencana
herba kencana

Herba Kencana

RM45.00 RM36.90

Kandungan:60 kapsul

Out of stock

SKU: KU56 Categories: ,
Brands:

cara-beli-herbacinta

Herba Kencana merupakan hasil kombinasi pelbagai jenis herba semulajadi yang mengandungi khasiat yang tiada tolok bandingan untuk membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Dengan penggunaan yang berterusan, masalah kesihatan seperti kencing manis, resdung, dan keputihan dapat diatasi.

Herba Kencana juga berkesan untuk meningkatkan tahap stamina serta tenaga fizikal dan batin, selain meningkatkan keremajaan kulit.

Khasiat Herba Kencana

  • Meningkatkan tahap tenaga dan stamina
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Membantu merawat hipertensi, gastrik, ulser, kencing manis, buasir, resdung, dan hernia
  • Meningkatkan keremajaan kulit
  • Membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan
  • Meningkatkan kecerdasan minda
  • Menghilangkan pening kepala dan lenguh-lenguh badan
  • Merawat masalah senggugut, keputihan, jeragat serta parut jerawat
  • Merapat serta menghilangkan bau yang tidak enak pada bahagian intim wanita
  • Menegangkan otot rahim dan payudara serta kulit perut
  • Meningkatkan hormon dan tenaga batin
  • Melambatkan proses menopaus
  • Melembut dan menyerikan kulit
  • Membantu menghilangkan masalah sukar tidur

Kandungan Herba Kencana

Cengkih (Flos Eugenia Aromatic): Cengkih ternyata mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan tubuh badan manusia. Ia kaya dengan kalsium yang berkesan mencegah osteoporosis dan mengecutkan otot, serta magnesium yang berperanan mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, serta melegakan masalah sindrom pra haid. Antara khasiat cengkih yang lain adalah membasmi bakteria, membekalkan tenaga zahir dan batin, menstabilkan sistem pencernaan, mencegah kanser terutamanya pada kulit, paru-paru dan saluran pencernaan. Cengkih juga mengandungi Eugenol yang bersifat anti-kulat dan berupaya mengatasi masalah penyakit kulit.

Semen Nigella Sativa (Habbatussauda): Lebih dikenali dengan Habbatussauda, ia terbukti mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh manusia. Ia mengandungi Nigellin, Sterols, minyak Volatile dan asid lemak yang membantu memelihara saluran pencernaan, menstabilkan kandungan kolestrol, merawat masalah pernafasan, dan memelihara kesihatan hati. Ramuan ini juga bertindak meningkatkan daya ketahanan tubuh, meningkatkan tahap stamina, serta berfungsi sebagai anti-oksida.

Akar Tengkuk Biawak (Radix Ficus Calicarpa): Akar Tengkuk Biawak yang bersifat astringen ini sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengukuhkan urat dan otot badan, meningkatkan tahap tenaga, mengetatkan tisu pengubung kulit selain berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman.

Mengkudu (Radix Morinda Elliptica): Mengkudu berkesan untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh, mencegah penyakit, memulihkan semula sel dalam tubuh, membasmi bakteria, juga melancarkan sistem pencernaan.

Hempedu Bumi (Folium Androgaphis Paniculata): Daun pokok Hempedu Bumi atau turut dipanggil pokok Akar Cerita ini bersifat antibakteria dan antivirus dan sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi selain merawat pelbagai jenis masalah kesihatan seperti pencernaan yang tidak lawas, demam, kahak, kencing manis, radang dan luka pada kulit.

Cara Penggunaan Herba Kencana

  1. Untuk merawat penyakit memelihara kesihatan: Ambil 2 biji setiap pagi dan malam
  2. Untuk menurunkan berat badan: Ambil 3 biji setiap pagi dan malam
  3. Untuk wanita selepas bersalin: Ambil 3 biji setiap pagi dan malam bermula hari kedua selepas bersalin
  4. Amalkan setiap hari termasuk ketika haid bagi wanita

Additional Information

Weight 0.120 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Herba Kencana”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Lazim

Saya pernah kena tipu dengan penjual online sebelum ini, jadi apa beza HerbaCinta dengan seller online yang lain?

Beza dia mudah saja. HerbaCinta ada kedai fizikal yang anda boleh lawat. Kedai kami di Shah Alam, Selangor telah beroperasi sejak 2010 dan masih kekal lokasi yang sama. Jika ada rasa tertipu dengan kami, anda boleh datang dan marah kami. Seller online yang tiada kedai pula, anda tak boleh nak buat apa jika ditipu.

Harga produk di HerbaCinta mahal la.

Kami akui produk kami sedikit mahal berbanding tempat lain. Tapi kami janjikan kualiti dan keaslian produk tersebut. Tahukah anda, terdapat banyak lambakkan produk tiruan diluar sana. Yang mana produk tiruan ini boleh mengakibatkan kerosakan yang teruk pada badan anda jika diambil berterusan. Anda yakin produk yang dijual lebih murah ditempat lain itu original? Fikir-fikirkan lah.

Bagaimana hendak beli produk yang HerbaCinta jual?

Mudah saja, jika anda tinggal berdekatan dengan kedai kami, anda boleh lawat kedai kami. Ini alamatnya dan waktu operasi,

18G, Blok 11, Jalan Pahat J15/J, Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

10am-7pm, Isnin-Sabtu. 03-55236820 (No kedai)

Saya duduk jauh, tak boleh datang kedai la. Ada cara lain?

Selain dari datang ke kedai kami di Shah Alam, anda juga boleh membuat pembelian secara online dengan kami. Anda pilih produk yang ada inginkan, campur dengan kos pos kemudian buat pembayaran ke akaun kami, sms/whatsapp detail kepada kami dan kami akan pos produk pesanan anda terus ke alamat yang diberi. Secara detailnya anda boleh baca disini.

Saya telah buat pembayaran dan sms/whatsapp detail, bila pesanan saya akan sampai?

Kebiasaannya pesanan anda akan diproses dalam masa 1-2 hari bekerja. Kemudian pesanan anda akan dipos menggunakan Poslaju, Gdex, KTMD atau PosDomestik. Bagi semenanjung Malaysia, biasanya pesanan akan sampai ke tangan anda dalam masa 1-5 hari bekerja. Bagi Sabah & Sarawak, 1-7 hari bekerja. Walaubagaimana pun, kadangkala akan berlaku kelewatan yang diluar kawalan kami. Kami mohon maaf dan harap anda bersabar jika berlaku kelewatan.

Bagi PosDomestik proses penghantaran mungkin mengambil masa sehingga 14 hari bagi Sabah dan Sarawak.

Pihak HerbaCinta guna kurier apa ya?

Pihak kami menggunakan khidmat PosLaju, GDex, KTMD atau PosDomestik. Kami akui kadang-kadang mereka ada kekurangan tapi setakat ini, 4 kurier ini adalah yang terbaik. Kami dah guna sejak 2010 lagi.

Saya ada terbaca berkenaan pos percuma. Boleh terangkan lagi.

HerbaCinta menawarkan pos percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas. Sekiranya berat keseluruhan produk tidak melebihi 2kg, pihak kami akan menggunakan kurier Poslaju atau GDex. Sekiranya berat melebihi 2kg, pihak kami mungkin akan menggunakan KTMD bagi semenanjung dan bagi Sabah/Sarawak kami akan menggunakan pos domestik. Pihak HerbaCinta akan maklumkan anda sekiranya berat keseluruhan produk yang anda pesan melebihi 2kg.

Saya tiada akaun Maybank atau CIMB, boleh saya GIRO dari bank lain?

Boleh tiada masalah. Cuma pastikan anda transfer ke akaun syarikat kami, Herba Cinta Sdn Bhd. No pendaftaran 919001K.

Ada soalan lain yang masih bermain difikiran anda? Whatsapp atau SMS kami di 019-325 1140