Berita & Aktiviti
Sale!
Fair N White
Fair N White

Fair N White

RM35.00 RM28.00

Kandungan: 10 sachet

19 in stock

SKU: PM134 Category:
Brands:

cara-beli-herbacinta

Fair N White merupakan produk suplemen yang bertindak meningkatkan kecerahan dan keremajaan kulit di samping membantu melindunginya daripada kerosakan akibat sinaran UV. Ia diadun menggunakan pati Blackcurrant bersama kolagen, sarang burung dan Aloe Vera serta diperkaya dengan kebaikan vitamin C yang dapat membekalkan nutrisi yang penting untuk kejelitaan yang berpanjangan.

Khasiat Fair n White

  • Bertindak sebagai antioksidan bagi mencegah kerosakan dan penuaan kulit
  • Mengembalikan keremajaan kulit dari dalam
  • Meningkatkan keanjalan kulit untuk jangka masa panjang
  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Merawat masalah jerawat, parut, jeragat, kulit kering dan kusam
  • Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
  • Merawat masalah radang pada bahagian kulit
  • Menggebukan lagi kulit anda
  • Turut berupaya memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh

Kandungan Fair n White

Sarang Burung: Sarang burung layang-layang dibina dengan air liurnya sendiri yang mengandungi pelbagai jenis nutrien dan mineral lain yang bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman, malah mampu mencantikkan kulit. Kandungan protein yang tinggi di dalam sarang burung sebenarnya mengandungi asid amino menggalakkan penghasilan kolagen di dalam lapisan kulit seterusnya menghalus dan menganjalkan kulit, di samping membantu meningkatkan kecerahan kulit serta mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.

Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.

Roselle: Selain berupaya menguatkan sistem imunisasi, tumbuhan berbunga yang berasal dari Afrika Barat ini kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang terbukti berkesan untuk menentang proses penuaan. Ia juga mempunyai sifat astringen yang mampu menegangkan tisu kulit di samping berupaya mencegah masalah radang.

Biji Anggur: Ramuan ini mempunyai kualiti astringen yang tinggi dan mampu menegangkan kulit wajah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengatasi masalah jerawat dan melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus memelihara kulit daripada kerosakan dan proses penuaan.

Psyllium Husk: Herba ini kaya dengan serat yang berupaya memelihara sistem penghadaman seterusnya membantu menyerlahkan seri kulit di samping membantu mengatasi masalah jerawat, kedutan dan kulit kusam.

Maltodextrin: Sebatian yang dihasilkan daripada kanji ini terdiri daripada molekul glukosa yang berupaya membantu membekalkan karbohidrat dan tenaga kepada tubuh bahan dan mengawal paras gula dalam darah sekaligus membantu mengurangkan risiko penyakit diabetes.

Tomato: Tomato mampu mengecilkan liang pori, menghapuskan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada permukaan kulit seterusnya membantu mengekang pertumbuhan jerawat di samping mengatasi masalah kulit kusam dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraungu (UV).

Vitamin C: Di samping mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, vitamin C berupaya memperbaiki tekstur kulit seterusnya memelihara kelembapan dan kehalusannya. Ia juga dapat membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya matahari mahupun pencemaran sekaligus membantu menentang proses penuaan kulit.

Acerola: Ceri Acerola sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid yang mengandungi khasiat yang berkesan untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan bebas daripada serangan bakteria yang merosakkan kulit. Ia juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu menentang kerosakan sel dan proses penuaan kulit.

Cara Penggunaan Fair n White

  1. Tuang 1 sachet Fair n White ke dalam mulut.
  2. Minum segelas air kosong atau jus buah-buahan.
  3. Ambil 1 sachet setiap kali sebelum sarapan pagi.

Additional Information

Weight 0.180 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Fair N White”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Lazim

Saya pernah kena tipu dengan penjual online sebelum ini, jadi apa beza HerbaCinta dengan seller online yang lain?

Beza dia mudah saja. HerbaCinta ada kedai fizikal yang anda boleh lawat. Kedai kami di Shah Alam, Selangor telah beroperasi sejak 2010 dan masih kekal lokasi yang sama. Jika ada rasa tertipu dengan kami, anda boleh datang dan marah kami. Seller online yang tiada kedai pula, anda tak boleh nak buat apa jika ditipu.

Harga produk di HerbaCinta mahal la.

Kami akui produk kami sedikit mahal berbanding tempat lain. Tapi kami janjikan kualiti dan keaslian produk tersebut. Tahukah anda, terdapat banyak lambakkan produk tiruan diluar sana. Yang mana produk tiruan ini boleh mengakibatkan kerosakan yang teruk pada badan anda jika diambil berterusan. Anda yakin produk yang dijual lebih murah ditempat lain itu original? Fikir-fikirkan lah.

Bagaimana hendak beli produk yang HerbaCinta jual?

Mudah saja, jika anda tinggal berdekatan dengan kedai kami, anda boleh lawat kedai kami. Ini alamatnya dan waktu operasi,

18G, Blok 11, Jalan Pahat J15/J, Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

10am-7pm, Isnin-Sabtu. 03-55236820 (No kedai)

Saya duduk jauh, tak boleh datang kedai la. Ada cara lain?

Selain dari datang ke kedai kami di Shah Alam, anda juga boleh membuat pembelian secara online dengan kami. Anda pilih produk yang ada inginkan, campur dengan kos pos kemudian buat pembayaran ke akaun kami, sms/whatsapp detail kepada kami dan kami akan pos produk pesanan anda terus ke alamat yang diberi. Secara detailnya anda boleh baca disini.

Saya telah buat pembayaran dan sms/whatsapp detail, bila pesanan saya akan sampai?

Kebiasaannya pesanan anda akan diproses dalam masa 1-2 hari bekerja. Kemudian pesanan anda akan dipos menggunakan Poslaju, Gdex, KTMD atau PosDomestik. Bagi semenanjung Malaysia, biasanya pesanan akan sampai ke tangan anda dalam masa 1-5 hari bekerja. Bagi Sabah & Sarawak, 1-7 hari bekerja. Walaubagaimana pun, kadangkala akan berlaku kelewatan yang diluar kawalan kami. Kami mohon maaf dan harap anda bersabar jika berlaku kelewatan.

Bagi PosDomestik proses penghantaran mungkin mengambil masa sehingga 14 hari bagi Sabah dan Sarawak.

Pihak HerbaCinta guna kurier apa ya?

Pihak kami menggunakan khidmat PosLaju, GDex, KTMD atau PosDomestik. Kami akui kadang-kadang mereka ada kekurangan tapi setakat ini, 4 kurier ini adalah yang terbaik. Kami dah guna sejak 2010 lagi.

Saya ada terbaca berkenaan pos percuma. Boleh terangkan lagi.

HerbaCinta menawarkan pos percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas. Sekiranya berat keseluruhan produk tidak melebihi 2kg, pihak kami akan menggunakan kurier Poslaju atau GDex. Sekiranya berat melebihi 2kg, pihak kami mungkin akan menggunakan KTMD bagi semenanjung dan bagi Sabah/Sarawak kami akan menggunakan pos domestik. Pihak HerbaCinta akan maklumkan anda sekiranya berat keseluruhan produk yang anda pesan melebihi 2kg.

Saya tiada akaun Maybank atau CIMB, boleh saya GIRO dari bank lain?

Boleh tiada masalah. Cuma pastikan anda transfer ke akaun syarikat kami, Herba Cinta Sdn Bhd. No pendaftaran 919001K.

Ada soalan lain yang masih bermain difikiran anda? Whatsapp atau SMS kami di 019-325 1140