Tuesday , August 22 2017
Berita & Aktiviti
Sale!

Diabec Coffee

RM17.00RM22.00

Kandungan:   

Kotak 15 sachet

Papan – 20 sachet

Clear
SKU: KU309 Categories: , ,
Brands:

Description

Diabec Coffee diformulasi khusus untuk mereka yang ingin mengawal kadar gula di dalam tubuh badan terutamanya di kalangan penghidap diabetes. Ia diperkaya dengan keenakan kopi Arabica bersama adunan protein whey, teh hijau dan peria yang bukan sahaja dapat mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah, malah turut turut berupaya meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan tubuh badan anda.

Khasiat Diabec Coffee

  • Membantu mengawal paras gula dalam darah
  • Melancarkan peredaran darah bagi menggalakkan fungsi tubuh
  • Menyingkirkan toksin dari tubuh badan
  • Membantu mengawal paras kolestrol
  • Memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada jantung, darah serta saluran darah
  • Melawaskan pembuangan air kencing
  • Melancarkan proses penghadaman
  • Mengawal tekanan darah
  • Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh badan
  • Melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit
  • Mengandungi stevia iaitu pemanis semulajadi yang tidak menjejaskan paras gula dalam darah
  • Sesuai untuk dinikmati penghidap diabetes

Kandungan Diabec Coffee

Krimer Bukan Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada minuman anda. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.

Whey Manis: Whey berasal dari susu lembu yang kaya dengan kandungan protein serta bebas daripada laktosa. Ia berupaya membina otot serta menggalakkan pertumbuhan semula sel tubuh. Protein whey juga mengandungi asid amino yang mampu mengekalkan tisu tubuh yang sihat.

Kopi Arabica: Biji kopi Arabika yang diperoleh daripada spesis coffea arabica dari tanah tinggi Ethiopia ternyata mempunyai rasa yang lebih enak dan lazat. Kopi tinggi kandungan antioksidan serta mengandungi khasiat dari sumber vitamin B-kompleks, potassium, mangan, magnesium dan niacin yang berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan serta menggalakkan fungsi otak seterusnya menjana daya tumpuan dan memori. Kopi juga mampu meredakan tekanan, meningkatkan tahap metabolisme di samping membantu mengurangkan risiko serangan diabetes, strok dan kanser.

Susu Skim: Susu lembu yang telah diesktrak keluar lemaknya ini sememangnya kaya dengan kalsium yang membantu mengukuhkan tulang dan menormalkan denyutan jantung di samping melindungi sel-sel usus besar daripada serangan kanser. Kandungan potassium, vitamin B2 dan B12 pula berperanan menggalakkan fungsi dan memelihara organ dalam sistem kardiovaskular yang melibatkan jantung, darah dan saluran darah. Di samping itu, vitamin B12 turut menggalakkan pertumbuhan sel-sel saraf dan meningkatkan penghasilan darah merah sekaligus membantu menentang anemia. Susu lembu turut kaya dengan protein yang terbentuk melalui kombinasi 20 asid amino yang penting untuk pertumbuhan dan pemulihan tubuh badan, di samping membantu merangsang sistem imunisasi dan mengawal kadar gula dalam darah.

Fiber Larut: Fiber atau serat pemakanan boleh terdapat di dalam ramuan semulajadi seperti epal, barli, kekacang, dan gandum. Ia terbukti berkesan untuk meningkatkan tahap tenaga, menstabilkan kadar gula di dalam darah dan menurunkan tahap kolestrol LDL (kolestrol tidak baik) sekaligus membantu memelihara kesihatan jantung. Malah, ia juga mampu mengawal berat badan, menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan, melancarkan proses penghadaman serta menyingkirkan toksin dari tubuh badan yang boleh menjejaskan tahap kesihatan anda.

Teh Hijau: Teh hijau dihasilkan daripada daun teh jenis Camellia Sinensis serta mampu meningkatkan tahap tenaga, menggalakkan pembakaran lemak di samping menstabilkan kadar gula dalam darah.

Stevia: Stevia merupakan pokok renek yang berasal dari kawasan barat Amerika Utara ke Amerika Selatan. Oleh kerana daunnya mempunyai rasa yang manis serta bebas daripada karbohidrat dan gula, stevia sering digunakan sebagai pemanis dan sesuai untuk mereka yang ingin mengawal diet dan pengambilan kalori. Antara khasiat yang diperoleh daripada stevia yang bersifat antibakteria ini adalah ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan kandungan gula dalam darah, selain menjana pembentukan kalsium dan meningkatkan sistem pencernaan.

Peria: Peria telah digunakan sejak berabad lamanya untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis, buasir, cirit-birit, demam serta jangkitan cacing.

Cara Penggunaan Diabec Coffee

  1. Bancuh 1 sachet Diabec Coffee bersama secawan air panas atau suam.
  2. Kacau hingga larut dan ia sedia untuk dinikmati.

Additional information

Weight N/A
Jenis

,

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Diabec Coffee”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Apa Kata Pelanggan HerbaCinta

Dibawah adalah screeshot whatsapp/sms dari pelanggan-pelanggan kami. Klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar.

The requested album cannot be loaded at this time. Error: OAuthException Code: 190, Error validating application. Application has been deleted.