Berita & Aktiviti
Sale!
Dara Sunti Collagen Megah Perawan
Dara Sunti Collagen Megah Perawan

Dara Sunti Collagen Megah Perawan

RM34.90 RM28.90

Kandungan:10 sachet x 18ml

Out of stock

SKU: DW49 Categories: ,

cara-beli-herbacinta

Dara Sunti Collagen Megah Perawan

Dara Sunti Collagen keluaran Megah Perawan adalah produk berunsurkan kolagen bersama gabungan herba terpilih khusus untuk memelihara kesihatan dalaman kaum wanita di samping berkesan untuk menyerlahkan keanggunan dan keremajaan dari dalam.

Khasiat Dara Sunti Collagen Megah Perawan

  • Menyingkirkan toksin yang boleh menjejaskan kesihatan dan kecantikan
  • Membentuk payudara dan bahagian punggung yang lebih
  • Mampu mengatasi osteoporosis dan gejala menopaus
  • Mengetatkan otot faraj
  • Memelihara dan menguatkan bahagian rahim
  • Mengatasi masalah senggugut, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil
  • Meningkatkan tenaga dan keinginan seksual bagi para isteri
  • Melambatkan proses penuaan
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Mengurangkan kesan selulit, kedutan dan garis-garis halus
  • Mengatasi masalah kulit seperti pigmentasi, jeragat, kulit kering dan berjerawat
  • Mengatasi keletihan dan kelesuan tubuh badan
  • Meningkatkan tahap metabolisme
  • Membantu melangsingkan tubuh badan
  • Menjadikan rambut anda lebih bermaya dan berseri
  • Membantu menguatkan sistem imunisasi bagi menentang jangkitan penyakit
  • Memelihara kesihatan dan kecantikan dari dalam secara menyeluruh

Kandungan Dara Sunti Collagen Megah Perawan

Pueraria Mirifica: Pueraria Mirifica terkenal dengan keupayaannya untuk menganjal dan membesarkan saiz payudara di samping membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica mampu mengatasi osteoporosis dan simptom-simptom menopaus. Selain berupaya mengatasi masalah kulit seperti tompok-tompok penuaan, kulit kering dan berjerawat, herba ini turut membantu melangsingkan tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga, memulihkan kesakitan pada bahagian rahim serta mengatasi masalah keputihan.

Acai: Beri Acai kaya dengan nutrien dari sumber vitamin A, C dan E serta bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah daripada penuaan dan kerosakan sel di samping membantu memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Selain itu, Acai turut membantu mengatasi masalah jerawat, menyingkir kesan parut, dan menyerlahkan seri kulit serta mampu melancarkan peredaran darah, mengurangkan tahap kolestrol LDL, mengatasi masalah senggugut, meningkatkan tahap tenaga dan meredakan tekanan.

Manjakani: Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin yang berbahaya dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.

Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit. Selain itu, kolagen juga mampu menggalakkan pembakaran lemak, memelihara sel-sel tubuh serta meningkatkan tahap metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Kunyit: Kunyit mengandungi serat, zat besi, kalsium, magnesium serta vitamin C, E dan K yang berupaya melancarkan proses pencernaan serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit. Di samping itu, ia juga berkesan untuk mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah serta mengurangkan masalah radang usus, perut kembung dan angin dalam badan. Kunyit juga baik untuk merawat penyakit sendi serta mempunyai sifat antiseptik yang berupaya mempercepatkan pemulihan luka serta turut berupaya merawat masalah radang.

Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.

Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Selain meningkatkan tahap metabolisme, madu turut berupaya menstabilkan tekanan darah, meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah serangan penyakit serta bertindak sebagai agen antioksidan dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.

Roselle: Roselle kaya dengan zat vitamin C yang bersifat antioksidan dan penting untuk kesihatan kulit, di samping mengandungi serat yang bertindak melancarkan sistem penghadaman di samping meningkatkan keanjalan kulit. Di samping itu, Roselle yang sarat dengan vitamin B1, B2 dan D yang berupaya mengurangkan kadar kolestrol jahat sekaligus memelihara kesihatan jantung. Ia turut membantu mengurangkan risiko serangan kanser, mengatasi masalah kulit dan insomnia, menstabilkan tekanan darah, melancarkan sistem pencernaan, melambatkan penuaan kulit serta meningkatkan keupayaan mental.

Buah Tin: Turut dipanggil buah Ara, ia kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan tahap kolestrol di samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit.

Habbatussauda: Habbatussauda terbukti mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh manusia. Ia mengandungi Nigellin, Sterols, minyak Volatile dan asid lemak yang membantu memelihara saluran pencernaan, menstabilkan kandungan kolestrol, merawat masalah pernafasan, meningkatkan daya ketahanan tubuh serta meningkatkan tahap stamina. Herba yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya mengurangkan tahap gula dalam darah, meningkatkan metabolisme dan mengekang selera makan seterusnya membantu melangsingkan tubuh dan mengurangkan berat badan.

Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya bagi kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya memelihara sistem kardiovaskular, mengetatkan otot faraj, mengatasi keletihan, keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita. Ia turut berupaya menguatkan bahagian rahim serta memulihkan tenaga selepas bersalin.

Pegaga: Pegaga kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C yang bukan sahaja mampu memelihara kecantikan kulit, malah berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit di samping memelihara sistem saraf dan melancarkan peredaran darah sekaligus menggalakkan fungsi organ. Di samping itu, pegaga turut mampu mengatasi keletihan, mengurangkan kesan selulit serta menyingkirkan toksin dari tubuh badan seterusnya membantu mencegah serangan penyakit serta menggalakkan penurunan berat badan.

Za’faran: Turut dikenali dengan nama Za’faran, bunga ini kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 yang berfungsi melancarkan proses penghadaman, menstabilkan tekanan darah dan mengatasi masalah sindrom pra-haid dan kitaran haid yang tidak menentu di samping membantu menggalakkan keupayaan mental, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, kering dan kusam seterusnya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit. Bunga ini juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah proses penuaan dan kerosakan sel.

Puri Mangga: Mangga kaya dengan antioksidan dari sumber vitamin C yang bukan sahaja mampu melambatkan proses penuaan, malah mampu mengatasi masalah berat badan yang berlebihan di samping membentuk tubuh badan yang lebih ramping. Ia juga mampu mengurangkan kadar gula dalam darah dan tahap kolestrol LDL (kolesrol yang tidak baik) seterusnya membantu memelihara kesihatan jantung.

Ginseng: Herba yang mengandungi phytonutrien ini bersifat antioksidan yang berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, mencegah kerosakan sel di samping membantu melancarkan sistem pencernaan, merawat gangguan pernafasan, mencegah serangan kanser, meningkatkan tahap tenaga fizikal dan seksual di samping mengurangkan kadar kolestrol dan melancarkan peredaran darah.

Maquiberi: Tumbuhan ini bersifat antioksidan yang berperanan meneutralkan racun dalam tubuh badan sekaligus membantu menentang risiko serangan kanser. Di samping itu maquiberi juga berupaya menggalakkan pengoksidaan kolestrol dalam darah dan seterusnya menyumbang kepada kesihatan sistem kardiovaskular. Maquiberi mengandungi sifat antiradang dan antibakteria di samping berupaya menstabilkan tahap gula dalam darah untuk membantu mengurangkan berat badan berlebihan.

Kranberi: Kranberi kaya dengan serat, Vitamin E dan C yang bertindak memelihara kulit dan juga sebagai agen antioksidan untuk mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Di samping itu, ia juga berupaya meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit, serta membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran ultraviolet (UV). Manakala asid lemak Omega 3,6 dan 9 yang turut terkandung di dalam kranberi pula berupaya mengekalkan kelembapan kulit seterusnya mengatasi masalah kulit kering, kasar dan tidak bermaya. Kranberi juga mengandungi sejenis enzim yang membantu melancarkan proses penghadaman.

Delima: Delima mengandungi mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan dan serangan kanser. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, delima juga mampu memperbaiki tekstur kulit, meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit, serta mengatasi masalah seperti kedutan dan garis-garis halus. Di samping itu, buah delima juga berupaya memelihara kesihatan jantung, melancarkan sistem pencernaan serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.

Cara Penggunaan Dara Sunti Collagen Megah Perawan

  1. Tuangkan kandungan sachet Dara Sunti Collagen Megah Perawan ke dalam mulut tanpa dibancuh degan air terlebih dahulu.
  2. Ambil 1 hingga 2 kali sehari sama ada sebelum atau selepas makan.
  3. Sesuai untuk wanita yang sudah berkahwin atau yang masih dara.
  4. Tidak sesuai untuk ibu hamil atau ketika datang haid.
  5. Simpan di tempat yang dingin dan kering.

Additional Information

Weight 0.300 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Dara Sunti Collagen Megah Perawan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan Lazim

Saya pernah kena tipu dengan penjual online sebelum ini, jadi apa beza HerbaCinta dengan seller online yang lain?

Beza dia mudah saja. HerbaCinta ada kedai fizikal yang anda boleh lawat. Kedai kami di Shah Alam, Selangor telah beroperasi sejak 2010 dan masih kekal lokasi yang sama. Jika ada rasa tertipu dengan kami, anda boleh datang dan marah kami. Seller online yang tiada kedai pula, anda tak boleh nak buat apa jika ditipu.

Harga produk di HerbaCinta mahal la.

Kami akui produk kami sedikit mahal berbanding tempat lain. Tapi kami janjikan kualiti dan keaslian produk tersebut. Tahukah anda, terdapat banyak lambakkan produk tiruan diluar sana. Yang mana produk tiruan ini boleh mengakibatkan kerosakan yang teruk pada badan anda jika diambil berterusan. Anda yakin produk yang dijual lebih murah ditempat lain itu original? Fikir-fikirkan lah.

Bagaimana hendak beli produk yang HerbaCinta jual?

Mudah saja, jika anda tinggal berdekatan dengan kedai kami, anda boleh lawat kedai kami. Ini alamatnya dan waktu operasi,

18G, Blok 11, Jalan Pahat J15/J, Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

10am-7pm, Isnin-Sabtu. 03-55236820 (No kedai)

Saya duduk jauh, tak boleh datang kedai la. Ada cara lain?

Selain dari datang ke kedai kami di Shah Alam, anda juga boleh membuat pembelian secara online dengan kami. Anda pilih produk yang ada inginkan, campur dengan kos pos kemudian buat pembayaran ke akaun kami, sms/whatsapp detail kepada kami dan kami akan pos produk pesanan anda terus ke alamat yang diberi. Secara detailnya anda boleh baca disini.

Saya telah buat pembayaran dan sms/whatsapp detail, bila pesanan saya akan sampai?

Kebiasaannya pesanan anda akan diproses dalam masa 1-2 hari bekerja. Kemudian pesanan anda akan dipos menggunakan Poslaju, Gdex, KTMD atau PosDomestik. Bagi semenanjung Malaysia, biasanya pesanan akan sampai ke tangan anda dalam masa 1-5 hari bekerja. Bagi Sabah & Sarawak, 1-7 hari bekerja. Walaubagaimana pun, kadangkala akan berlaku kelewatan yang diluar kawalan kami. Kami mohon maaf dan harap anda bersabar jika berlaku kelewatan.

Bagi PosDomestik proses penghantaran mungkin mengambil masa sehingga 14 hari bagi Sabah dan Sarawak.

Pihak HerbaCinta guna kurier apa ya?

Pihak kami menggunakan khidmat PosLaju, GDex, KTMD atau PosDomestik. Kami akui kadang-kadang mereka ada kekurangan tapi setakat ini, 4 kurier ini adalah yang terbaik. Kami dah guna sejak 2010 lagi.

Saya ada terbaca berkenaan pos percuma. Boleh terangkan lagi.

HerbaCinta menawarkan pos percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas. Sekiranya berat keseluruhan produk tidak melebihi 2kg, pihak kami akan menggunakan kurier Poslaju atau GDex. Sekiranya berat melebihi 2kg, pihak kami mungkin akan menggunakan KTMD bagi semenanjung dan bagi Sabah/Sarawak kami akan menggunakan pos domestik. Pihak HerbaCinta akan maklumkan anda sekiranya berat keseluruhan produk yang anda pesan melebihi 2kg.

Saya tiada akaun Maybank atau CIMB, boleh saya GIRO dari bank lain?

Boleh tiada masalah. Cuma pastikan anda transfer ke akaun syarikat kami, Herba Cinta Sdn Bhd. No pendaftaran 919001K.

Ada soalan lain yang masih bermain difikiran anda? Whatsapp atau SMS kami di 019-325 1140