Berita & Aktiviti
Sale!
Air Anugerah
Air Anugerah

Air Anugerah

RM4.50 RM3.90

158 in stock

SKU: KU64 Category:
Brands:

cara-beli-herbacinta

Air Anugerah yang bersumberkan air mineral bawah tanah ini telah dibacakan ayat-ayat syifa’ dan doa-doa dari al-Quran, hadis Rasulullah yang muktabar serta amalan Salafussoleh. Kombinasi unik ini membantu menentang kesakitan rohani dan jasmani selain melembutkan hati dan meningkatkan tahap kecerdasan.

Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Air Anugerah tidak boleh dipos. Pembelian hanya dikedai kami di shah alam. Sebarang pertanyaan sms/whatsapp 019-325 1140.

Khasiat Air Anugerah

  • Meningkatkan tahap kesihatan luaran dan dalaman
  • Melindungi daripada gangguan ilmu hitam dan makhluk halus
  • Menerang dan melembutkan hati anak-anak
  • Membantu menyegarkan tubuh badan anda
  • meneutralkan kandungan asid berlebihan dalam badan.
  • menyahkan sisa toksin dari dalam badan.
  • menghidrat supaya tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air.
  • menguatkan sistem pertahanan badan dari serangan penyakit.
  • ejen antioksidan yang terbaik.

Cara Penggunaan Air Anugerah

  1. Mulakan dengan bismillah, selawat sebanyak 3 kali dan niat di dalam hati.
  2. Boleh diminum mahupun disapu pada muka dan kepala pada bila-bila masa
  3. Pastikan Air Anugerah tidak dilangkah.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Air Anugerah”

Soalan Lazim

Saya pernah kena tipu dengan penjual online sebelum ini, jadi apa beza HerbaCinta dengan seller online yang lain?

Beza dia mudah saja. HerbaCinta ada kedai fizikal yang anda boleh lawat. Kedai kami di Shah Alam, Selangor telah beroperasi sejak 2010 dan masih kekal lokasi yang sama. Jika ada rasa tertipu dengan kami, anda boleh datang dan marah kami. Seller online yang tiada kedai pula, anda tak boleh nak buat apa jika ditipu.

Harga produk di HerbaCinta mahal la.

Kami akui produk kami sedikit mahal berbanding tempat lain. Tapi kami janjikan kualiti dan keaslian produk tersebut. Tahukah anda, terdapat banyak lambakkan produk tiruan diluar sana. Yang mana produk tiruan ini boleh mengakibatkan kerosakan yang teruk pada badan anda jika diambil berterusan. Anda yakin produk yang dijual lebih murah ditempat lain itu original? Fikir-fikirkan lah.

Bagaimana hendak beli produk yang HerbaCinta jual?

Mudah saja, jika anda tinggal berdekatan dengan kedai kami, anda boleh lawat kedai kami. Ini alamatnya dan waktu operasi,

18G, Blok 11, Jalan Pahat J15/J, Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

10am-7pm, Isnin-Sabtu. 03-55236820 (No kedai)

Saya duduk jauh, tak boleh datang kedai la. Ada cara lain?

Selain dari datang ke kedai kami di Shah Alam, anda juga boleh membuat pembelian secara online dengan kami. Anda pilih produk yang ada inginkan, campur dengan kos pos kemudian buat pembayaran ke akaun kami, sms/whatsapp detail kepada kami dan kami akan pos produk pesanan anda terus ke alamat yang diberi. Secara detailnya anda boleh baca disini.

Saya telah buat pembayaran dan sms/whatsapp detail, bila pesanan saya akan sampai?

Kebiasaannya pesanan anda akan diproses dalam masa 1-2 hari bekerja. Kemudian pesanan anda akan dipos menggunakan Poslaju, Gdex, KTMD atau PosDomestik. Bagi semenanjung Malaysia, biasanya pesanan akan sampai ke tangan anda dalam masa 1-5 hari bekerja. Bagi Sabah & Sarawak, 1-7 hari bekerja. Walaubagaimana pun, kadangkala akan berlaku kelewatan yang diluar kawalan kami. Kami mohon maaf dan harap anda bersabar jika berlaku kelewatan.

Bagi PosDomestik proses penghantaran mungkin mengambil masa sehingga 14 hari bagi Sabah dan Sarawak.

Pihak HerbaCinta guna kurier apa ya?

Pihak kami menggunakan khidmat PosLaju, GDex, KTMD atau PosDomestik. Kami akui kadang-kadang mereka ada kekurangan tapi setakat ini, 4 kurier ini adalah yang terbaik. Kami dah guna sejak 2010 lagi.

Saya ada terbaca berkenaan pos percuma. Boleh terangkan lagi.

HerbaCinta menawarkan pos percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas. Sekiranya berat keseluruhan produk tidak melebihi 2kg, pihak kami akan menggunakan kurier Poslaju atau GDex. Sekiranya berat melebihi 2kg, pihak kami mungkin akan menggunakan KTMD bagi semenanjung dan bagi Sabah/Sarawak kami akan menggunakan pos domestik. Pihak HerbaCinta akan maklumkan anda sekiranya berat keseluruhan produk yang anda pesan melebihi 2kg.

Saya tiada akaun Maybank atau CIMB, boleh saya GIRO dari bank lain?

Boleh tiada masalah. Cuma pastikan anda transfer ke akaun syarikat kami, Herba Cinta Sdn Bhd. No pendaftaran 919001K.

Ada soalan lain yang masih bermain difikiran anda? Whatsapp atau SMS kami di 019-325 1140