Friday , December 15 2017
Berita & Aktiviti

Dasar Privasi

Apabila anda mendaftar dengan herbacinta.com, HerbaCinta akan meminta, menyimpan dan menggunakan maklumat yang dikumpul dari pengguna dilaman www.herbacinta.com (selepas ini disebut HerbaCinta) . Dasar Privasi ini digunakan pakai apabila anda melayari HerbaCinta.

MAKLUMAT PERIBADI PENGGUNA

HerbaCinta akan menyimpan maklumat berkenaan Pengguna dengan pelbagai cara dan tidak terhad,terutamanya apabila Pengguna melayari HerbaCinta HerbaCinta, membuat pendaftaran, ,membuat pesanan atau pembelian atau melanggan berita atau terlibat aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan HerbaCinta. Pengguna akan diminta mengisi maklumat-maklumat berkenaan nama, alamat email , alamat rumah, nombor telefon atau sebarang maklumat yang dirasakan perlu oleh HerbaCinta.

HerbaCinta akan menyimpan maklumat berkenaan Pengguna hanya apabila Pengguna dengan rela hati memberikan maklumat berkenaan kepada HerbaCinta. Pengguna mempunyai hak menolak untuk tidak memberikan maklumat peribadi kepada HerbaCinta, disebabkan itu Pengguna mungkin tidak akan dapat menggunakan kemudahan yang terdapat di HerbaCinta.

HerbaCinta meminta, menyimpan dan mengumpul maklumat peribadi Pengguna untuk tujuan berikut:

  1. Untuk meningkatkan mutu pegawai perkhidmatan pelanggan.
  2. Maklum balas yang diperolehi daripada Pengguna menjadikan HerbaCinta lebih effektif dalam memenuhi kehendak Pengguna.
  3. Memastikan HerbaCinta lebih mesra pengguna.
  4. HerbaCinta mungkin menggunakan maklumat tersebut untuk memahami bagaimana Pengguna HerbaCinta sebagai satu kumpulan menggunakan perkhidmatan dan sumber-sumber yang disediakan di laman web HerbaCinta.
  5. Untuk meningkatkan mutu HerbaCinta. HerbaCinta sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada Pengguna HerbaCinta berdasarkan maklumat, respon, aduan yang HerbaCinta terima.
  6. Untuk menjalankan transaksi. HerbaCinta akan menggunakan maklumat yang telah diberikan oleh Pengguna kepada HerbaCinta untuk menguruskan pesanan atau pembelian.HerbaCinta tidak akan berkongsi maklumat Pengguna kepada pihak lain kecuali jika dirasakan perlu oleh HerbaCinta.
  7. Untuk menghantar email berkala. HerbaCinta akan menggunakan email yang diberikan oleh Pengguna ketika proses pesanan atau pembelian untuk memberi maklumat atau mengemaskini pesanan yang telah dibuat. Email yang diberikan oleh Pengguna juga mungkin akan digunakan untuk menjawab soalan atau pertanyaan yang telah dibuat pleh Pengguna. Pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan email tersebut untuk menerima maklumat berkenaan produk, berita dari HerbaCinta atau perkhidmatan yang ditawarkan. Jika Pengguna tidak berminat untuk menerima email tersebut, Pengguna boleh mengikut arahan yang disediakan pada bahagian bawah email yang dihantar.

MAKLUMAT BUKAN PERIBADI PENGGUNA

HerbaCinta akan mengumpul maklumat Pengguna selain maklumat peribadi apabila Pengguna menggunakan atau sedang melayari HerbaCinta. Maklumat bukan peribadi Pengguna termasuk pelayar(browser) yang digunakan oleh Pengguna, jenis sistem operasi(OS) komputer yang digunakan oleh Pengguna atau maklumat lain yang berkaitan.

COOKIES

Pihak HerbaCinta menggunakan “cookies” untuk memberi kemudahan kepada Pengguna. Cookies boleh “mengingati” maklumat utama anda dan membolehkan anda menggunakan perkhidmatan HerbaCinta dengan mudah.

KETEPATAN MAKLUMAT

Setiap maklumat Pengguna disimpan dengan dengan baik, HerbaCinta telah menempatkan pegawai khas untuk menjaga setiap maklumat yang diperolehi. Maklumat Pengguna dilindungi , tidak ada pengubahan atau didedahkan atau dimusnahkan , nama pengguna, kata laluan, maklumat transaksi.

PERKONGSIAN MAKLUMAT

HerbaCinta tidak menjual, mendedahkan atau memberi maklumat Pengguna kepada pihak lain. HerbaCinta mungkin akan menggunakan maklumat Pengguna dengan tujuan untuk meningkatkan operasi perniagaan dan HerbaCinta atau aktiviti yang berkaitan HerbaCinta seperti menghantar surat atau membuat kajian dengan kebenaran yang telah diberikan oleh Pengguna.

PERUBAHAN DASAR PRIVASI

HerbaCinta mempunyai hak untuk mengubah dasar ini dari semasa ke semasa. Perubahan dasar akan dimaklumakan pada dilaman web HerbaCinta, Pengguna dihendaki menyemak dari masa ke semasa jika terdapat perubahan yang dilakukan oleh pihak HerbaCinta. Anda mengakui dan bersetuju bahawa ia adalah tanggungjawab anda untuk mengkaji semula dasar Dasar ini secara berkala dan menyedari perubahan yang dilakukan.

PENERIMAAN PENGGUNA TERHADAP DASAR PRIVASI

Dengan melayari laman web HerbaCinta, menandakan Pengguna menerima terhadap syarat-syarat dan terma perkhidmatan. Jika Pengguna tidak bersetuju dengan dasar ini, Pengguna mempunyai hak untuk tidak menggunakan laman web HerbaCinta. Jika Pengguna terus melayari laman web HerbaCinta bermakna Pengguna dianggap menerima Dasar Privasi ini.

HUBUNGI HERBACINTA

Jika Pengguna mempunyai sebarang persoalan berkaitan syarat-syarat dan terma, dasar Dasar atau sebarang soalan berkaitan website sila hubungi HerbaCinta:

Herba Cinta Sdn Bhd
18G, Blok 11, Jalan Pahat J15/J, Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
03-55236820 atau 019-3251140
support@herbacinta.com