Saturday , December 3 2016
Berita & Aktiviti

SELAMAT DATANG KE HERBACINTA

HERBACINTA adalah pemborong, pengedar dan penjual produk-produk kesihatan dan kosmetik. Produk kami terbahagi kepada beberapa kategori. Sila klik pada kategori yang sesuai untuk anda disebelah kanan.

Kami di HERBACINTA menawarkan servis yang cepat, cekap dan sulit. Semua pesanan anda adalah dirahsiakan. Tiada siapa yang tahu produk apa yang anda pesan kerana produk dibungkus dalam bekas khas dan kemudian dibalut dengan plastik.

Produk Terbaru

Soalan-Soalan Lazim

Soalan: Saya pernah kena tipu dengan peniaga online sebelum ni, jadi boleh percaya ke dengan herbacinta.com?

Jawapan: HERBACINTA bukanlah anak kecil dalam bidang perniagaan online. Kami telah lama berniaga online. Kami bukan seperti kedai-kedai online lain yang tumbuh seperti cendawan dan kemudian hilang tanpa berita. Anda perlu yakin dan percaya dengan KAMI kerana :-

  1. HERBACINTA berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  2. HERBACINTA mempunyai premis perniagaan di Shah Alam, Selangor.
  3. HERBACINTA mempunyai akaun dengan Pos Laju.
  4. HERBACINTA merupakan pemborong produk-produk kesihatan & kosmetik.
  5. HERBACINTA simpan stok. Kami bukan seperti seller lain tak simpan stok.

Soalan: Berapa lama produk yang saya pesan akan sampai?

Jawapan: Kami menggunakan pos laju dalam urusan penghantaran produk. Untuk semenanjung Malaysia, kebiasaanya anda akan menerima produk anda dalam masa 1-3 hari dan bagi Sabah/Serawak antara 1-5 hari. Ini semua bergantung pada lokasi anda. Jika anda tinggal dibandar-banda besar, biasanya sehari anda sudah dapat produk anda. Jika anda tidak menerima produk anda selepas 3 hari, sila sms/whatsapp kami semula. Kami akan cuba bantu anda.

Saya ada terbaca berkenaan pos percuma. Boleh terangkan lagi.

HerbaCinta menawarkan pos percuma bagi pembelian RM150 dan ke atas. Sekiranya berat keseluruhan produk tidak melebihi 2kg, pihak kami akan menggunakan kurier Poslaju atau GDex. Sekiranya berat melebihi 2kg, pihak kami mungkin akan menggunakan KTMD bagi semenanjung dan bagi Sabah/Sarawak kami akan menggunakan pos domestik. Pihak HerbaCinta akan maklumkan anda sekiranya berat keseluruhan produk yang anda pesan melebihi 2kg.

Soalan: Saya kerja jadi boleh ke hantar ke pejabat?

Jawapan: Saya amat galakkan kepada mereka yang bekerja agar produk yang anda pesan dipos ke pejabat anda. Anda akan dapat produk tersebut ke tangan anda.

Soalan: Takpe ke? Saya ni pemalu. Saya takut kawan pejabat/rumah tahu apa yang saya beli.

Jawapan: Usah risau. Kami telah menjalankan perniagaan intenet sudah lebih 5 tahun. Setiap produk akan dibungkus kemas dan mustahil untuk kawan-kawan tahu apa yang anda beli kecualilah anda sendiri yang tunjukkan pada mereka. Pos Laju akan hantar bungkusan ke tangan anda. Jika anda tiada dirumah, mereka takkan sama sekali letak bungkusan dalam peti surat anda. Pos Laju akan meminta tandatangan anda selepas bungkusan diserahkan pada anda. Jadi anda tidak perlu risau. Pesanan anda pasti sampai. Jika hilang sekali pun, kami akan cari dan gantikan untuk anda.

Soalan: Boleh terangkan secara ringkas macam mana nak order?

Jawapan: Ok, begini, cari produk yang anda ingin beli. Produk kami disusun mengikut kategori dan jenama. Anda juga boleh guna fungsi carian untuk mencari produk yang anda minat. Disetiap page produk sudah ada cara pembelian secara detail tetapi secara ringkasnya selepas anda membuat pembayaran:-

  1. Anda perlu sms mengikut format kami dan hantar ke 019-3251140.
  2. Pesanan anda akan diproses oleh staff kami dalam masa 24 jam dan anda akan menerima tracking kod dari kami(hari bekerja saja).
  3. Ingat, anda akan menerima tracking kod dari kami dalam masa 24 jam(hari berkerja). Jika dalam masa 24 jam anda tidak menerima tracking kod, sila hubungi support di 019-3251140.
  4. Setelah pesanan anda dipos. Anda akan menerima sms dari sistem kami yang mengandungi tracking number pos laju, gdex atau ktmd.

Contoh araham sms kami, Nama produk&kuantiti, nama anda, alamat anda, jumlah bank in, nama bank, tarikh dan masa bank in.

Soalan: Saya masih tak yakinlah. Boleh ke saya datang kedai?

Jawapan: Boleh saja. Jika anda ragu-ragu,anda boleh datang beli terus kedai kami. Maklumat seperti dibawah.

Herbacinta
18G, Blok 12, Jln Pahat J15/J, Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
Isnin-Sabtu, 10 a.m – 7 p.m
03-5523 6820